Monday, 5 January 2015

REVIEW ARTIKEL 3 : BALKANISASI SIBER : GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1 MALAYSIA


Merujuk kepada artikel 3 bertajuk Balkanisasi Siber : Merujuk kepada semangat 1 Malaysia dari laman sesawang suaramurba.blogspot.com boleh dilihat dimana penerangan oleh penulis mengenai analogi masyarakat sekarang dalam menggunakan media sosial akhirnya memberikan impak yang besar kepada dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan tidak mementing diri. Penulis didalam artikel turut menerangkan maksud sebenar 'balkanisasi' untuk memberi fahaman yang lebih meluas kepada pembaca dimana fenomena kebebasan negara-negara Balkan seperti Yugoslavia akan menjadikan rakyat yang ganas dan bertindak di luar jangkaan.

Melalui internet, masyarakat tidak lagi perlu membaca bahan yang tesiar sebaliknya mempunyai kuasa dan kemudahan untuk memilih secara lewah dan senangnya apa sahaja bahan yang mereka mahu. Media cetak pada masa kini pula telah dipengaruhi oleh kebebasan internet untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia kerana sepertimana yang boleh kita lihat antara sumber dari internet adalah untuk membenci kepada kerajaan, kritikan melulu, fitnah dan mereka seperti mengangkat konflik politik sebagai nilai berita utama.

Sebagai pendahuluan, penulis menerangkan tentang gambaran politik yang penuh dengan konflik antara masyarakat seiring dengan peredaran dan kemajuan internet dalam kalangan masyarakat menjadikan negara menjadi huru hara kesan dari pembawakan berita dari media sosial terutama internet. Internet memberikan sumber dengan cepat dan mudah kepada masyarakat tetapi kesan yang amat mendalam sehingga menjadikan rakyat ketagih dalam penggunaanya dan akhirnya berpecah belah.
Seperti di Malaysia hari ini, atas nama dan paksi demokrasi kebebasan media cetak lebih ketara dibandingkan pada zaman Tun Dr Mahathir yang membawa maksud perubahan ketara sejak kira-kira 21 tahun dahulu sebelum Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kerusi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Walaupun terdapat undang-undang yang mengehadkan penjualan akhbar politik hanya kepada ahlinya sahaja seperti Harakah, Suara Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat, Era Baru dan akhbar lain berada di pasaran tanpa sekatan. Tetapi situasi kebebasan sedemikian disokong pula oleh bahan-bahan politik khususnya daripada Internet. Penerangan mengenai kebebasan masyarakat dalam menggunakan laman sosial internet telahpun mendapat penapisan daripada pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dimana telah menyebabkan kesan negatik kepada keharmonian sosial di Malaysia.


Menerusi artikel tersebut, penulis menerangkan bahawa kerajaan amat mengutamakan percambahan maklumat dan idea supaya dapat membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia menjadi seiring dengan bangsa lain yang sudah maju. Tambahan pula, hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai negara maju teknologi dan informasi di Asia Tenggara kelak akan menjadi kenyataan.

Kebebasan yang diberikan kepada media ini akhirnya telah mencetuskan suatu penentangan dari kalangan masyarakat sendiri mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan harapan kerajaan khususnya dalam konteks keharmonian sosial bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Perdebatan hebat dapat disaksikan di laman sosial dengan melontarkan bahasa-bahasa kesat dan mencaci sesama kaum langsung tidak menggambarkan imej rakyat yang bersatu dan pastinya tidak membantu Gagasan 1 Malaysia apatah lagi membina hubungan empatetik antara kaum, budaya, dan adat resam.

Selain itu, penulis didalam artikel turut menerangkan beberapa aspek tentang penggunaan bahan informasi yang amat lewah digunakan oleh media dalam menyampaikan sesuatu berita. Tambahan pula, ada sesetengah media yang menerangkan suatu isu dengan cara yang ganas dan tidak mengambil berat tentang aspek penggunaan bahasa yang baik.

Dalam menerangkan mengenai Balkanisasi dan gejala genjot sosial, penulis menggunakan teori yang dibuat oleh Cass Sustein menerangan tentang masalah gejala sosial yang diransangkan oleh Internet kerana sifatnya yang 'merdeka' tida tapisan. Seperti yang kita sedia maklum, Internet bukan sahaja memberi sumber maklumat, tetapi juga boleh dilihat sebagai tempat lambakan maklumat iaitu bermaksud daripada maklumat yang bersifat kemuliaan sehinggalah bertukar menjadi kepada unsur-unsur pornografi iaitu bahan lucah.

Didalam teori tersebut, Sustein turut mengkaji sifat-sifat Internet sebagai suatu kuasa yang boleh mengheret masyarakat untuk meneroka jauh ke suatu dimensi yang memisahkan mereka dengan khalayak awam kerana khalayak boleh ‘membuat tempahan kandungan’ atau apa yang Sunstein istilahkan sebagai ‘customisation of content’. Apatah lagi khalayak dipermudahkan pula dengan teknologi ‘hiperlink’ Internet yang membolehkan mereka mencapai laman web lain yang menawarkan bahan-bahan yang serupa tetapi berlainan intipatinya. Penulis menerangkan dengan terperinci untuk memberi kefahaman yang mudah kepada pembaca

Sebagai kesimpulan artikel, penulis bersetuju bahawa balkanisasi media mempunyai potensi untuk mensegregasikan khalayak kerana minat, kecenderungan serta sentimen kumpulan yang menolak kehadiran khalayak lain yang tidak sealiran dengan pemikiran, minat dan kecenderungan mereka. Maklumat dan polisi pihak kerajaan yang dilihat amat penting sebagai mekanisme pembangunan serta demokrasi akan tergugat kerana rakyat hanya memberikan perhatian kepada apa yang mereka minati.

Selain itu, media sebagai arus perdana sama ada media cetak atau elektronik membawa falsafah tertentu dan menjurus kepada kepelbagaian idea, pandangan, cadangan, kritikan, analisis, komentar dan sebagainya untuk dikongsi bersama supaya pemikiran rakyat lebih terbuka.

Namun dengan gejala balkanisasi media ini rakyat akan menjadi kelompok-kelompok kecil yang taksub dan terasuk dengan satu bentuk tingkahlaku, sikap dan pemikiran genjot. Soal perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi tidak relevan lagi. Insiden seperti Al-Maunah, Memali, Hindraf, Gelombang Kuning, gejala obsesi pornografi dan gejala sosial lain yang menjurus kepada gejala obsesi dan ketaksuban mempunyai pertalian yang signifikan terhadap gejala balkanisasi media ini.

Penulis turut bimbang akan gejala anarkis, fitnah dan hasutan seperti terdapat pada kes-kes tertentu seperti ‘Muslim terrorist’ yang telah menghina penganut agama Islam.

Sunday, 21 December 2014

Beware of LGBT

SHAH ALAM: Malaysians are facing two challenges nowadays, the alleged spread of the lesbian, gay, trans-sexual and bisexual (LGBT) movement, and demands for freedom of religion among the Malays.
Those are believed were coming from foreign influences who are trying to divide the Muslims in the country, backed by masterminds from among Malaysian Muslims themselves.
We cannot be careless, the challenge against Islam’s position comes in many ways,” said Mohd Shariff, 36, Marketing Manager of Basecamp Sports when interviewed at Bukit Raja Business Park here today.
Last year, PKR vice-president Nurul Izzah Anwar came under attack from several religious hawks and UMNO politicians following her remarks at a public forum on “Islamic State: Which version, whose responsibility?” in Subang Jaya on November 3.
The conservatives suspected that her remarks meant she held Muslims who renounced Islam and turned “murtad” or apostate.
Malaysians should warn Muslims today of LGBT advocates who are said to be “poisoning” the minds of Muslims to accept “deviant practices” in the name of human rights.
If it is said who are the ones who fight for Islam and uphold important institutions in our country, surely it’s us: the chosen government, supported by citizens who love Islam,” said Nabilah Ramlan, 25, civil engineer when asked about LGBT and Muslims.
Muslim-majority Malaysia continues to reject the perceived rise in LGBT activity, which together with growing calls for greater civil liberties, they deem to be an assault against Islam.
Including the case of Anwar Ibrahim, the sodomy case between the opposition leader and Mohd Saiful, known as ‘Lelaki Y’. That case is such a disgrace to Islam, and the community.
Latest, the case of “transwomen” or “transgender” are terms used to refer to those who were born male but associate themselves with the female identity, and has nothing to do with sexual preferences.
Government should take this case of LGBT utterly or there will more of ‘them’ in the future.

Wednesday, 3 December 2014

Mayat kekasih ditemui dalam kereta mewah

oleh : Nur Hidayah Mustafa

SHAH ALAM : Mayat seorang wanita ditemui mati dalam sebuah kereta mewah oleh seorang pekerja pembinaan berdekatan dengan kawasan pembinaan bangunan baru di Seksyen 15 awal pagi semalam.

Bahadur Abdul Salem, 27, seorang warga Bangladesh ternyata terkejut sejurus melihat seorang gadis berlumuran darah di kepala disyaki mati ditembak berada di dalam kereta dengan keadaan enjin yang masih hidup semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Saya berasa panik dan segera memanggil rakan untuk menelefon pihak polis dan ambulans untuk melihat keadaan wanita di dalam kereta tersebut”.

Menurut Deputi Superitendan Syed Aziz, mangsa dikenali sebagai Nadia Ahmed berasal dari Dengkil disahkan mati sejak jam 2 pagi oleh pihak forensik akibat ditembak didalam sebuah kereta mewah Mercedes-Bens Brabus milik seorang usahawan terkenal Datuk Shamugannadam.

“ Mangsa mati dengan dua das tembakan di sebelah kanan kepala berkemungkinan ada pergelutan antara mangsa dengan pihak kedua semasa kejadian kerana penemuan kesan lebam di tangan mangsa”. Katanya.

seorang gadis yang ditemui mati di dalam kereta dikawasan pembinaan pagi semalam


Siasatan kes mendapati kejadian yang menimpa Nadia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Datuk Shamugannadam kerana kereta yang dipandu Nadia diberikan untuk keperluan hariannya memandangkan Nadia merupakan perempuan simpanan Datuk.

Rekod siasatan pihak polis juga mengesahkan Nadia berkhidmat sebagai khidmat pelayan pelanggan (GRO) di Puchong manakala Datuk semasa kejadian tidak berada di Malaysia kerana mempunyai urusan perniagaan di New Delhi. 



Wednesday, 19 November 2014

" I Want To Touch a Dog "






Anjing dianggap tidak suci dalam Islam dan seorang muslim yang menyentuh air liur, memegang dalam keadaan tangan yang basah mahupun najis haiwan tersebut perlu membersihkan diri dengan tanah iaitu mengamalkan 'sertu'.

Merujuk kepada mazhab Syafi'e, memegang anjing adalah HARAM. Tetapi berbeza dengan mazhab Maliki yang membenarkan hukum untuk memegang haiwan tersebut.

“I Want To Touch a Dog” telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan apabila secara majoritinya umat islam telah menghadiri majlis tersebut di Bandar Utama untuk menyertai membelai haiwan ini.

Secara objektifnya, majlis ini diadakan adalah untuk mengatasi ketakutan seseorang kepada anjing supaya mereka lebih memahami haiwan ini dan mengamalkan 'sertu' . Sebaliknya, masyarakat lain lebih memandang ke arah negatif terhadap individu yang memegang anjing tersebut.

Menurut pandangan saya, sepatutnya majlis ini hendaklah turut memperkenalkan haiwan-haiwan lain seperti arnab, burung, kucing dan banyak lagi haiwan sekiranya memang motif utama penganjurannya untuk memupuk kasih sayang antara manusia dengan haiwan.

Sebaliknya bukan hanya fokus kepada anjing sahaja kerana ia sememangnya akan menjadi suatu isu yang amat besar dalam kalangan masyarakat yang tidak menyokong majlis ini dianjurkan kerana ada individu hari ini yang takut akan kucing tetapi berani kepada anjing.

“I Want To Touch a Dog” ini telah menjadi viral di laman sosial kerana masyarakat lebih tidak setuju dengan majlis yang dianjur oleh Syed Azmi Alhabshi ini. Bahkan untuk memegang haiwan tersebut, kita tidak pasti sama ada tapak tangan adalah basah atau kering.

Tambahan pula, bukti surah Al- Kahfi di dalam Al- Quran sendiri telah menunjukkan bahawa memegang anjing adalah najis berat (mukhalazah) melainkan adalah dalam keadaan darurat seperti ingin menyelamatkan haiwan ini daripada kecelakaan dan sebagainya.

Agama islam juga ada membenarkan peliharaan anjing sebagai untuk menjaga keselamatan tanaman, dan tujuan memburu tetapi bukanlah menjadi perkara biasa untuk tiada sebab kita menyentuh haiwan ini.

Selain itu, pandangan bangsa lain seperti cina dan india kepada agama Islam yang seperti tidak mengambil berat akan isu halal dan haram ini. Hal ini boleh menyebabkan mereka memandang serong dan berkemungkinan tidak yakin dengan agama Islam.

Kesan daripada penganjuran majlis tersebut, Syed Azmi telah menerima ancaman bunuh atas talian serta dituduh murtad. Malah tidak cukup dari itu dia telah dituduh sebagai Kristian yang menyamar dan dianggap cuba menyebarkan agama baru dalam kalangan orang Islam di Malaysia.

Pengkritik di Facebook khususnya telah mengedarkan nombor telefon bimbitnya kepada umum dengan ugutan untuk menyerangnya.

Syed Azmi dalam satu rakaman video yang menunjukkan rasa sebaknya sehingga menitiskan air mata atas kehadiran yang memberansangkan dari orang ramai kerana hal ini menunjukkan usaha yang dilakukannya adalah tidak sia-sia. 

Dia juga turut menjelaskan tujuan murninya dalam mendidik masyarakat dan mereka yang menyelar tindakannya itu tidak mungkin akan faham tujuan majlis itu diadakan.






Antara pengunjung yang memeriahkan pesta "I Want To Touch a Dog"













Wednesday, 29 October 2014

Lebah Tualang singgah di Baiduri

Shah Alam : Kewujudan sarang lebah yang amat memeranjatkan dihadapan rumah  didiami oleh sekumpulan pelajar perempuan telah diselamatkan oleh Ahli Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), di Pangsapuri Baiduri Seksyen 2,  minggu lepas.

            Kehadiran serangga berbisa itu hanya disedari oleh salah seorang penghuni rumah terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah pulang dari kelas pada waktu tengahari lama kelamaan bertukar membentuk menjadi sebuah sarang yang besar.

          Pelajar, Nur Syazwani Anuar ternyata terkejut dengan kehadiran sekumpulan besar lebah yang sekelip mata membuat sarang dihadapan rumah mereka kerana ini merupakan kali pertama dia melihat sarang lebah begitu besar dan pastinya berbahaya kerana bisa yang dimiliki.

            “Saya kemudiannya terus masuk kedalam rumah dengan bertindak menutup semua pintu dan tingkap sebagai langkah keselamatan dari menghindari lebah tersebut masuk kedalam rumah kami ”, katanya.

            Walaubagaimanapun, sarang lebah tersebut telah berjaya dibuang oleh beberapa orang dari Jabatan Pertahanan Awam bertindak mengambil masa selama sepuluh minit  menggunakan beberapa  peralatan untuk membunuh serangga kecil berbisa ini.

Menurut salah seorang ahli JPA yang menyertai operasi tersebut, Encik Muhammad Zulkarnain menyatakan bahawa sarang lebah tersebut dipercayai Lebah Tualang sangat berbisa banyak didapati di hutan yang sentiasa berada dalam kumpulan besar mereka ternyata akan menjadikan sesiapa pun berasa gerun dan takut apabila melihatnya.

“Kewujudan sarang lebah di sini mungkin kerana faktor cuaca yang sangat panas sekarang memandangkan lebah tualang merupakan lebah yang menghasilkan madu melalui sarang yang dibina”,tambahnya.

             Tambahnya, koloni serangga ini turut bersarang di atas atap rumah dan celah bangunan seperti yang terjadi dan akan bersarang dalam tempoh masa yang agak lama sekiranya tidak dicegah akan mengakibatkan sehingga memproses madu


Add caption

Jabatan Pertahanan Awam berusaha membunuh sekumpulan besar lebah yang hinggap di Pangsapuri Baiduri




            

6 nama-nama bayi yang terlarang!

Walaupun sebutan nama-nama berkenaan sedap didengar dan maknanya elok, menurut pengalaman beliau yang banyak mengubat pesakit-pesakit berkaitan sihir dan gangguan makhluk halus, nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri kepada seseorang.Eloklah TIDAK mengambil nama-nama di bawah ini untuk dinamakan pada anak-anak :


1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zaquan/Zakuan
5. Batrisya
6. Erisya
Peringatan dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang mempunyai nama-nama seperti di atas TIDAK perlu untuk menukarkan nama tetapi cukuplah dengan menukar nama panggilan. Sebagai contoh, kalau nama NUR NAJWA. Kalau sebelum ini nama panggilan adalah Najwa, elok ditukarkan kepada Nur saja.Sesungguhnya segala macam penyakit sama ada sakit biasa atau misteri, semuanya datang dari Allah SWT. Bukan dari nama seseorang, semuanya ketentuan-Nya jua.
Cuma apa yang Ustaz Sharhan mahu sampaikan ialah dia selalu jumpa kes-kes pesakit yang datang untuk buat rawatan, pesakit itu namanya sama seperti nama-nama anak jin di atas. Sebab itulah dia menasihatkan kalau boleh elakkan memberi nama anak seperti nama anak yang selalu dipakai jin, walaupun tidaklah salah apatah lagi berdosa memakai nama tersebut.