Monday, 5 January 2015

REVIEW ARTIKEL 3 : BALKANISASI SIBER : GANGGUAN KEPADA SEMANGAT 1 MALAYSIA


Merujuk kepada artikel 3 bertajuk Balkanisasi Siber : Merujuk kepada semangat 1 Malaysia dari laman sesawang suaramurba.blogspot.com boleh dilihat dimana penerangan oleh penulis mengenai analogi masyarakat sekarang dalam menggunakan media sosial akhirnya memberikan impak yang besar kepada dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu dan tidak mementing diri. Penulis didalam artikel turut menerangkan maksud sebenar 'balkanisasi' untuk memberi fahaman yang lebih meluas kepada pembaca dimana fenomena kebebasan negara-negara Balkan seperti Yugoslavia akan menjadikan rakyat yang ganas dan bertindak di luar jangkaan.

Melalui internet, masyarakat tidak lagi perlu membaca bahan yang tesiar sebaliknya mempunyai kuasa dan kemudahan untuk memilih secara lewah dan senangnya apa sahaja bahan yang mereka mahu. Media cetak pada masa kini pula telah dipengaruhi oleh kebebasan internet untuk memecahbelahkan rakyat Malaysia kerana sepertimana yang boleh kita lihat antara sumber dari internet adalah untuk membenci kepada kerajaan, kritikan melulu, fitnah dan mereka seperti mengangkat konflik politik sebagai nilai berita utama.

Sebagai pendahuluan, penulis menerangkan tentang gambaran politik yang penuh dengan konflik antara masyarakat seiring dengan peredaran dan kemajuan internet dalam kalangan masyarakat menjadikan negara menjadi huru hara kesan dari pembawakan berita dari media sosial terutama internet. Internet memberikan sumber dengan cepat dan mudah kepada masyarakat tetapi kesan yang amat mendalam sehingga menjadikan rakyat ketagih dalam penggunaanya dan akhirnya berpecah belah.
Seperti di Malaysia hari ini, atas nama dan paksi demokrasi kebebasan media cetak lebih ketara dibandingkan pada zaman Tun Dr Mahathir yang membawa maksud perubahan ketara sejak kira-kira 21 tahun dahulu sebelum Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih kerusi Perdana Menteri Malaysia yang kelima.

Walaupun terdapat undang-undang yang mengehadkan penjualan akhbar politik hanya kepada ahlinya sahaja seperti Harakah, Suara Keadilan, Siasah, Buletin Rakyat, Era Baru dan akhbar lain berada di pasaran tanpa sekatan. Tetapi situasi kebebasan sedemikian disokong pula oleh bahan-bahan politik khususnya daripada Internet. Penerangan mengenai kebebasan masyarakat dalam menggunakan laman sosial internet telahpun mendapat penapisan daripada pihak berkuasa seperti yang diperuntukkan melalui Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dimana telah menyebabkan kesan negatik kepada keharmonian sosial di Malaysia.


Menerusi artikel tersebut, penulis menerangkan bahawa kerajaan amat mengutamakan percambahan maklumat dan idea supaya dapat membangunkan keupayaan intelek rakyat Malaysia menjadi seiring dengan bangsa lain yang sudah maju. Tambahan pula, hasrat kerajaan untuk menjadikan negara sebagai negara maju teknologi dan informasi di Asia Tenggara kelak akan menjadi kenyataan.

Kebebasan yang diberikan kepada media ini akhirnya telah mencetuskan suatu penentangan dari kalangan masyarakat sendiri mengenai perkara-perkara yang bertentangan dengan harapan kerajaan khususnya dalam konteks keharmonian sosial bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Perdebatan hebat dapat disaksikan di laman sosial dengan melontarkan bahasa-bahasa kesat dan mencaci sesama kaum langsung tidak menggambarkan imej rakyat yang bersatu dan pastinya tidak membantu Gagasan 1 Malaysia apatah lagi membina hubungan empatetik antara kaum, budaya, dan adat resam.

Selain itu, penulis didalam artikel turut menerangkan beberapa aspek tentang penggunaan bahan informasi yang amat lewah digunakan oleh media dalam menyampaikan sesuatu berita. Tambahan pula, ada sesetengah media yang menerangkan suatu isu dengan cara yang ganas dan tidak mengambil berat tentang aspek penggunaan bahasa yang baik.

Dalam menerangkan mengenai Balkanisasi dan gejala genjot sosial, penulis menggunakan teori yang dibuat oleh Cass Sustein menerangan tentang masalah gejala sosial yang diransangkan oleh Internet kerana sifatnya yang 'merdeka' tida tapisan. Seperti yang kita sedia maklum, Internet bukan sahaja memberi sumber maklumat, tetapi juga boleh dilihat sebagai tempat lambakan maklumat iaitu bermaksud daripada maklumat yang bersifat kemuliaan sehinggalah bertukar menjadi kepada unsur-unsur pornografi iaitu bahan lucah.

Didalam teori tersebut, Sustein turut mengkaji sifat-sifat Internet sebagai suatu kuasa yang boleh mengheret masyarakat untuk meneroka jauh ke suatu dimensi yang memisahkan mereka dengan khalayak awam kerana khalayak boleh ‘membuat tempahan kandungan’ atau apa yang Sunstein istilahkan sebagai ‘customisation of content’. Apatah lagi khalayak dipermudahkan pula dengan teknologi ‘hiperlink’ Internet yang membolehkan mereka mencapai laman web lain yang menawarkan bahan-bahan yang serupa tetapi berlainan intipatinya. Penulis menerangkan dengan terperinci untuk memberi kefahaman yang mudah kepada pembaca

Sebagai kesimpulan artikel, penulis bersetuju bahawa balkanisasi media mempunyai potensi untuk mensegregasikan khalayak kerana minat, kecenderungan serta sentimen kumpulan yang menolak kehadiran khalayak lain yang tidak sealiran dengan pemikiran, minat dan kecenderungan mereka. Maklumat dan polisi pihak kerajaan yang dilihat amat penting sebagai mekanisme pembangunan serta demokrasi akan tergugat kerana rakyat hanya memberikan perhatian kepada apa yang mereka minati.

Selain itu, media sebagai arus perdana sama ada media cetak atau elektronik membawa falsafah tertentu dan menjurus kepada kepelbagaian idea, pandangan, cadangan, kritikan, analisis, komentar dan sebagainya untuk dikongsi bersama supaya pemikiran rakyat lebih terbuka.

Namun dengan gejala balkanisasi media ini rakyat akan menjadi kelompok-kelompok kecil yang taksub dan terasuk dengan satu bentuk tingkahlaku, sikap dan pemikiran genjot. Soal perpaduan dalam kalangan rakyat menjadi tidak relevan lagi. Insiden seperti Al-Maunah, Memali, Hindraf, Gelombang Kuning, gejala obsesi pornografi dan gejala sosial lain yang menjurus kepada gejala obsesi dan ketaksuban mempunyai pertalian yang signifikan terhadap gejala balkanisasi media ini.

Penulis turut bimbang akan gejala anarkis, fitnah dan hasutan seperti terdapat pada kes-kes tertentu seperti ‘Muslim terrorist’ yang telah menghina penganut agama Islam.

No comments:

Post a Comment