Anjing dianggap tidak suci dalam Islam dan seorang muslim yang
menyentuh air liur, memegang dalam keadaan tangan yang basah mahupun
najis haiwan tersebut perlu membersihkan diri dengan tanah iaitu
mengamalkan 'sertu'.
Merujuk
kepada mazhab Syafi'e, memegang anjing adalah HARAM. Tetapi berbeza
dengan mazhab Maliki yang membenarkan hukum untuk memegang haiwan
tersebut.
“I Want To Touch a Dog” telah mendapat sambutan yang begitu
menggalakkan apabila secara majoritinya umat islam telah menghadiri
majlis tersebut di Bandar Utama untuk menyertai membelai haiwan ini.
Secara
objektifnya, majlis ini diadakan adalah untuk mengatasi ketakutan
seseorang kepada anjing supaya mereka lebih memahami haiwan ini dan
mengamalkan 'sertu' . Sebaliknya, masyarakat lain lebih memandang ke
arah negatif terhadap individu yang memegang anjing tersebut.
Menurut
pandangan saya, sepatutnya majlis ini hendaklah turut memperkenalkan
haiwan-haiwan lain seperti arnab, burung, kucing dan banyak lagi
haiwan sekiranya memang motif utama penganjurannya untuk memupuk
kasih sayang antara manusia dengan haiwan.
Sebaliknya
bukan hanya fokus kepada anjing sahaja kerana ia sememangnya akan
menjadi suatu isu yang amat besar dalam kalangan masyarakat yang
tidak menyokong majlis ini dianjurkan kerana ada individu hari ini
yang takut akan kucing tetapi berani kepada anjing.
“I
Want To Touch a Dog” ini telah menjadi viral
di
laman sosial kerana masyarakat lebih tidak setuju dengan majlis yang
dianjur oleh Syed Azmi Alhabshi ini. Bahkan untuk memegang haiwan
tersebut, kita tidak pasti sama ada tapak tangan adalah basah atau
kering.
Tambahan
pula, bukti surah Al- Kahfi di dalam Al- Quran sendiri telah
menunjukkan bahawa memegang anjing adalah najis berat (mukhalazah)
melainkan
adalah dalam keadaan darurat seperti ingin menyelamatkan haiwan ini
daripada kecelakaan dan sebagainya.
Agama
islam juga ada membenarkan peliharaan anjing sebagai untuk menjaga
keselamatan tanaman, dan tujuan memburu tetapi bukanlah menjadi
perkara biasa untuk tiada sebab kita menyentuh haiwan ini.
Selain
itu, pandangan bangsa lain seperti cina dan india kepada agama Islam
yang seperti tidak mengambil berat akan isu halal dan haram ini. Hal
ini boleh menyebabkan mereka memandang serong dan berkemungkinan
tidak yakin dengan agama Islam.
Kesan
daripada penganjuran majlis tersebut, Syed Azmi telah menerima
ancaman bunuh atas talian serta dituduh murtad. Malah tidak cukup
dari itu dia telah dituduh sebagai Kristian yang menyamar dan
dianggap cuba menyebarkan agama baru dalam kalangan orang Islam di
Malaysia.
Pengkritik
di Facebook khususnya telah mengedarkan nombor telefon bimbitnya
kepada umum dengan ugutan untuk menyerangnya.
Syed
Azmi dalam satu rakaman video yang menunjukkan rasa sebaknya sehingga
menitiskan air mata atas kehadiran yang memberansangkan dari orang
ramai kerana hal ini menunjukkan usaha yang dilakukannya adalah tidak
sia-sia.



No comments:
Post a Comment