Wednesday, 29 October 2014

Lebah Tualang singgah di Baiduri

Shah Alam : Kewujudan sarang lebah yang amat memeranjatkan dihadapan rumah  didiami oleh sekumpulan pelajar perempuan telah diselamatkan oleh Ahli Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), di Pangsapuri Baiduri Seksyen 2,  minggu lepas.

            Kehadiran serangga berbisa itu hanya disedari oleh salah seorang penghuni rumah terdiri dari pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah pulang dari kelas pada waktu tengahari lama kelamaan bertukar membentuk menjadi sebuah sarang yang besar.

          Pelajar, Nur Syazwani Anuar ternyata terkejut dengan kehadiran sekumpulan besar lebah yang sekelip mata membuat sarang dihadapan rumah mereka kerana ini merupakan kali pertama dia melihat sarang lebah begitu besar dan pastinya berbahaya kerana bisa yang dimiliki.

            “Saya kemudiannya terus masuk kedalam rumah dengan bertindak menutup semua pintu dan tingkap sebagai langkah keselamatan dari menghindari lebah tersebut masuk kedalam rumah kami ”, katanya.

            Walaubagaimanapun, sarang lebah tersebut telah berjaya dibuang oleh beberapa orang dari Jabatan Pertahanan Awam bertindak mengambil masa selama sepuluh minit  menggunakan beberapa  peralatan untuk membunuh serangga kecil berbisa ini.

Menurut salah seorang ahli JPA yang menyertai operasi tersebut, Encik Muhammad Zulkarnain menyatakan bahawa sarang lebah tersebut dipercayai Lebah Tualang sangat berbisa banyak didapati di hutan yang sentiasa berada dalam kumpulan besar mereka ternyata akan menjadikan sesiapa pun berasa gerun dan takut apabila melihatnya.

“Kewujudan sarang lebah di sini mungkin kerana faktor cuaca yang sangat panas sekarang memandangkan lebah tualang merupakan lebah yang menghasilkan madu melalui sarang yang dibina”,tambahnya.

             Tambahnya, koloni serangga ini turut bersarang di atas atap rumah dan celah bangunan seperti yang terjadi dan akan bersarang dalam tempoh masa yang agak lama sekiranya tidak dicegah akan mengakibatkan sehingga memproses madu


Add caption

Jabatan Pertahanan Awam berusaha membunuh sekumpulan besar lebah yang hinggap di Pangsapuri Baiduri




            

No comments:

Post a Comment