Shah Alam : Kewujudan sarang lebah yang amat memeranjatkan dihadapan rumah didiami oleh
sekumpulan pelajar perempuan telah diselamatkan oleh Ahli Jabatan Pertahanan
Awam (JPAM), di Pangsapuri Baiduri Seksyen 2, minggu lepas.
Kehadiran serangga berbisa itu hanya disedari oleh salah seorang penghuni rumah terdiri dari
pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) setelah pulang dari kelas pada waktu
tengahari lama kelamaan bertukar membentuk menjadi sebuah sarang yang besar.
Pelajar, Nur
Syazwani Anuar ternyata terkejut dengan kehadiran sekumpulan besar lebah yang
sekelip mata membuat sarang dihadapan rumah mereka kerana ini merupakan kali
pertama dia melihat sarang lebah begitu besar dan pastinya berbahaya kerana
bisa yang dimiliki.
“Saya
kemudiannya terus masuk kedalam rumah dengan bertindak menutup semua pintu dan
tingkap sebagai langkah keselamatan dari menghindari lebah tersebut masuk
kedalam rumah kami ”, katanya.
Walaubagaimanapun,
sarang lebah tersebut telah berjaya dibuang oleh beberapa orang dari Jabatan
Pertahanan Awam bertindak mengambil masa selama sepuluh minit menggunakan beberapa peralatan untuk membunuh serangga kecil
berbisa ini.
Menurut salah seorang ahli JPA yang menyertai operasi tersebut, Encik Muhammad Zulkarnain menyatakan bahawa sarang lebah tersebut dipercayai Lebah Tualang sangat berbisa banyak didapati di hutan yang sentiasa berada dalam kumpulan besar mereka ternyata akan menjadikan sesiapa pun berasa gerun dan takut apabila melihatnya.
“Kewujudan sarang lebah di sini mungkin kerana
faktor cuaca yang sangat panas sekarang memandangkan lebah tualang merupakan
lebah yang menghasilkan madu melalui sarang yang dibina”,tambahnya.
Tambahnya, koloni
serangga ini turut bersarang di atas atap rumah dan celah bangunan seperti yang
terjadi dan akan bersarang dalam tempoh masa yang agak lama sekiranya tidak
dicegah akan mengakibatkan sehingga memproses madu
| Add caption |
| Jabatan Pertahanan Awam berusaha membunuh sekumpulan besar lebah yang hinggap di Pangsapuri Baiduri |